Oct 24, 2025

MASJID AL KAUTHAR,KAMPUNG TANAH MERAH, KENINGAU.

 

HARAPAN PENDUDUK.

Penulis ada lah mewakili penduduk Kampung Tanah Merah didalam melahirkan rasa kecewa dari beberapa pihak yang mengabaikan CSR apa bila permohonan penduduk tidak di endahkan berkaitan dengan penstabilan tebing Sungai Pamalan yang runtuh yang hanya tinggal 3 kaki dari bangunan Masjid Al Kauthar, Kg Tanah Merah, Keningau. Pihak pihak yang berkenaan mengabaikan masalah tersebut dan menimbulkan kerisauan dikalangan Kariah Masjid. Permohonan yang di kemuka kan sejak Bulan September 2025,  yang tidak berjawapan sama ada dilulus atau dibatalkan, menimbul persoalan.

Pengenalan.

Kampung Tanah Merah terletak 10 kilometer daripada Pusat Bandar Keningau. Penduduk dianggarkan seramai 850 orang sahaja. Kampung berhampiran ialah Kg Padang Tembak,Kampung Sinar Jaya, Kampung Jaya Baru dan Kampung Skim Pamalan. Pada awal penerokaan kampung ini, kampung kampung yang wujud di sekitar setelah penduduk bertambah  ada lah berasal dari Kampung Tanah Merah itu sendiri.

Majoriti penduduk beragama Islam di anggarkan 85% mana kala non Muslim 15%.


Masjid Al Kauthar.

Bertaraf Masjid,menjadi tumpuan kariah dari kampung sekitar dan sebahagian kecil kakitangan kerajaan yang memilih lokasi Masjid Al Kauthar kerana faktor keselesaan. Boleh menampung jemaah sebanyak 250 orang dalam satu satu masa.


Fenomena Hujan

Hujan lebat yang berlaku dan berlangsung selama 4 jam, pada 4hb September 2025 menyebabkan air Sungai Pamalan melimpah bersama arus deras menyebabkan kerosakan serius tebing Sungai Pamalan yang mana telah mengakibatkan bahagian Tandas Masjid Al Kauthar hampir runtuh.

Gambar 1. Keadaan Tebing Sungai sebelum 4.9.2025.




Gambar 2. Keadaan Tebing Sungai selepas 4.9.2025.

 




Melihat pada keadaan semasa tebing Sungai Pamalan seperti yang dapat kita lihat pada Gambar 2, amat jelas boleh berlaku runtuhan bila bila sahaja pada struktur Masjid apabila sekali lagi hujan kuat dengan volume sama pada 4.9.2025. 


Pamaalanridge.

24.10.2025.







Jan 9, 2017

Biase Plantation Ltd.

ASALAMUALAIKUM.
Salam sejahtera  dan   salam damai.

Sudah lama saya tidak update blog saya. pada hari ini terdetik hati umtuk log in dan coba menaip apa saja yang terlintas di kepala.


 1. Gambar ketika Kanival di Calabar, CR,        Nigeria pada December 2011
2. Gambar ketika Kanival di Calabar, CR,        Nigeria pada December 2011.

3. Bergambar bersama beberapa orang penduduk Ehum, Biase LGA, CR, Nigeria .
 4. Diluar terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Murtalla Mohamad, Lagos, Nigeria.
5. Ketika baru keluar dari Hospita Bakor, Calabar, CR, Nigeria. ( Kena Malaria )













Berada di Nigeria mulai October 2011 hingga March 2013. Bertugas sebaga Estate Manager di Wilmar International Plantation.

Oct 4, 2014

Ayam sabung taling kokok from kota belud

Jan 5, 2014

Jan 3, 2014

Sepahit UTAZI

Sudah agak lama saya tidak update Blog ku yang tidak menarik ini. Bukan kerna ketandusan idea tetapi kerana kesibukan kerja yang terpaksa diselesaikan setiap hari. 2013 telah berlalu rasanya begitu singkat dan pantas berganti ke 2014.

Kenapa agaknya ia terasa begitu? Kalau duduk menghitung hari dan menunggu matahari terbenam, sudah tentu putaran waktu itu terasa amat lambat. 

Sesuatu kenangan yang tentu nya sangat sukar saya lupakan di Tahun 2013 ada lah mengenai PENCULIKAN keatas dua rakan saya.(www.gistexpress.com/2013/06/02/gunmen-invade-former-obasanjo-farms...
Gunmen Invade Former Obasanjo Farms In Cross River, Kidnap 2 GE admin June 2,2013 0. ... of Cross River State and kidnapped two ... were of Indonesia andMalaysian ...)

Seperti biasa media melaporkan dengan cara mereka untuk membuat cerita lebih sensasi dan menarik untuk dibaca dan di hayati oleh pembaca. Tetapi cerita sebenar bukan seperti apa yang mereka lapor di media seperti link di atas. 

Pada 30.05.2013 yang lalu, dua rakan saya ketika dalam perjalanan ke ladang telah di halang oleh 4 lelaki bersenjata AK47 di satu lokasi dan mengarah pemandu keluar. Sejurus pemandu keluar dia telah di tolak dan terjatuh ditepi jalan. Mana kala rakan saya berada di dalam kenderaan pacuan 4 roda Mitsubishi. Salah satu penculik memandu dan rakannya yang lain mengapit rakan saya. Mereka telah dibawa jauh ke dalam ladang dan menuju ke tepi sungai yang terletak di sempadan antara ladang dengan perkampungan Akpabuyu.

Kejadian yang berlaku kira kira jam 8 pagi waktu tempatan itu terlalu pantas. Namun pemandu yang tidak dicederakan itu telah datang ke Pejabat Ladang, memberi tahu kepada saya kejadian itu. Dan dengan segera saya lapor kan ke HQ.

Polis telah di maklum kan tentang kejadian itu dan gerakan mengesan telah dilakukan serta merta. Kereta telah ditemui ditepi sungai. Nmaun rakan saya telah dibawa dengan bot ke lokasi yang jauh. 

Gerakan mencari dan menyelamat oleh pihak berkuasa Nigeria yang terdiri dari pasukan Polis dan Tentera tidak berhasil. Tidak ada sebarang komunikasi dan tuntutan sehingga lah 3 hari kemudian baru wakil penculik mulai menghbungi orang orang tertentu di HQ.

Selama 23 hari mereka berada ditangan penculik dan berada didalam hutan sepanjang tempoh itu. Saya dan rakan rakan yang lain selalu berdoa agar mereka selamat dan tida di apa apa kan oleh penculik. Dalam tempoh 23 hari itu    rundingan dan tawar menawar berjalan diantara pihak penculik dan syarikat. Sihingga lah pada hari ke 24, setelah wang tebusan dibayar, baru lah kedua dua rakan saya dibebaskan.

Menurut rakan saya, selama mereka di hutan, mereka hanya diberi makan sebungkus magie sehari dan dikongsi dua orang. Mereka telah dibawa ke sempadan Cameron-Nigeria untuk mengelak dari dikesan pihak berkuasa. Setiap malam akan berpindah dari satu lokasi ke lokasi lain. Ada kalanya mereka dibawa naik bot dan ditutup kepala atau bertiarap didalam bot untuk mengelak dari dilihat orang sekeliling.

Ketika mereka dibebaskan kegembiraan tak terbayang. Kerna hidup kami sebagai expat adalah seperti satu keluarga. 

Saya berdoa semoga kejadian seperti itu tidak akan terulang lagi.



* UTAZI  ada lah sejenis tumbuhan yg rasa nya terlalu pahit. Kalau ia di kunyah pahitnya secara perlahan ada rasa bercampur manis. Utazi digunakan oleh masyarakat lokal untuk penawar MALARIA. Selain itu UTAZI juga digunakan sebagai bahan rempah pada makanan Sup Kepala Kambing atau bahasa lokal nya Ishewu.

Tak di nafikan rasa makanan lokal Ishewu ini sedap.