Aug 24, 2010

Senibeladiri Wali Suci

Satu ketika dahulu di era 80an, di Malaysia, berbagai aliran seni mempertahankan diri berkembang dan bersaing mencari ahli masing masing. Sebagai contoh, Nasrul Haq ada lah satu aliran seni mempertahankan diri yang sangat   ramai ahlinya pada masa ia didaftarkan di tahun 80an.Selain dari Nasrul Haq, Jundullah, Selendang Merah, Perguruan Elang Putih,Wali Suci dan banyak lagi aliran yang timbul yang lebih kepada kerohanian. Berbeza dengan Silat Gayung, Sialt Sendeng, Silat Gerak Kilat dan silat Lincah yang lebih kepada latihan fizikal dan kemudian di iringi dgn latihan kebatinan.
Kebanyakan daripada aliran yang condong kepada amalan batin sprti Nasrul Haq,lmu Ghaib,Wali Suci ini kemudiannya diharamkan di Malaysia.
Namun di negara Indonesia, aliran aliran seumpama ini masih berkembang dan bertahan dengan izin pemerintah.
Peguruan Wali Suci misalnya, kini bertapak di Bogor, mempunyai ramai ahli dan masih mendapat sambutan menggalakkan.
Tiga puluh tahun yang lalu, Mahaguru Wali Suci pernah mengingatkan; ILMU TANPA DIAMALKAN UMPAMA PELITA YG TAK BERMINYAK.PASANG LAH BENTENG DISEKELILINGMU KERNA MUSUH AKAN ADA BILA BILA SAJA.JANGANLAH BERSANDAR KPD ILMU DAN AMALAN, TETAPI BERSANDARLAH KPD ALLAH.
Didalam gambar adalah sebahagian daripada latihan ahli Peguruan Wali Suci.

5 comments:

  1. "dimana saja wali suci senantiasa bersinar", ungkapan ini adalah sebuah deskripsi tentang wali suci yg selalu memberikan kebaikan kepada siapan pun. Perguruan ini adalah bentuk penyandaran keyakinan pada Allah semata dengan meninggikan kalimat tauhid yang dibarengi keimanan yang kuat.Semoga Malaysia mendapatkan sinar Wali Suci seperti tahun 70-an silam...insya Allah.
    by : www.walisucikutim.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. " dimana saja wali suci senantiasa bersinar " betul saudara Abbas, itu juga pesan Maha Guru kpd semua ahli. Semoga persaudaraan kita sesama ahli akan sentiasa harmoni sepanjang masa dimana saja.

    ReplyDelete
  3. Salam.. Dimana ye saya boleh meneruskan latihan di Malaysia..??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Saudara IIAAJ...maaf terlambat reply komentar saudara. Saya tidak dapat memberi petunjuk tepat, namun di Malaysia masih ramai Keluarga WS.Saudara boleh join WS di FB. disana saudara akan dapat banyak maklumat. ketika ini saya di Calabar, CR, Nigeria.

      Delete