HARAPAN PENDUDUK.
Penulis ada lah mewakili penduduk Kampung Tanah Merah didalam melahirkan rasa kecewa dari beberapa pihak yang mengabaikan CSR apa bila permohonan penduduk tidak di endahkan berkaitan dengan penstabilan tebing Sungai Pamalan yang runtuh yang hanya tinggal 3 kaki dari bangunan Masjid Al Kauthar, Kg Tanah Merah, Keningau. Pihak pihak yang berkenaan mengabaikan masalah tersebut dan menimbulkan kerisauan dikalangan Kariah Masjid. Permohonan yang di kemuka kan sejak Bulan September 2025, yang tidak berjawapan sama ada dilulus atau dibatalkan, menimbul persoalan.
Pengenalan.
Kampung Tanah Merah terletak 10 kilometer daripada Pusat Bandar Keningau. Penduduk dianggarkan seramai 850 orang sahaja. Kampung berhampiran ialah Kg Padang Tembak,Kampung Sinar Jaya, Kampung Jaya Baru dan Kampung Skim Pamalan. Pada awal penerokaan kampung ini, kampung kampung yang wujud di sekitar setelah penduduk bertambah ada lah berasal dari Kampung Tanah Merah itu sendiri.
Majoriti penduduk beragama Islam di anggarkan 85% mana kala non Muslim 15%.
Masjid Al Kauthar.
Bertaraf Masjid,menjadi tumpuan kariah dari kampung sekitar dan sebahagian kecil kakitangan kerajaan yang memilih lokasi Masjid Al Kauthar kerana faktor keselesaan. Boleh menampung jemaah sebanyak 250 orang dalam satu satu masa.
Fenomena Hujan
Hujan lebat yang berlaku dan berlangsung selama 4 jam, pada 4hb September 2025 menyebabkan air Sungai Pamalan melimpah bersama arus deras menyebabkan kerosakan serius tebing Sungai Pamalan yang mana telah mengakibatkan bahagian Tandas Masjid Al Kauthar hampir runtuh.
Melihat pada keadaan semasa tebing Sungai Pamalan seperti yang dapat kita lihat pada Gambar 2, amat jelas boleh berlaku runtuhan bila bila sahaja pada struktur Masjid apabila sekali lagi hujan kuat dengan volume sama pada 4.9.2025.
Pamaalanridge.
24.10.2025.
No comments:
Post a Comment