Baru baru ini saya menghadiri majlis kenduri waktu malam dirumah kawan.Majlis berlangsung kira kira jam 8 malam. Oleh kerana sudah lama tidak jumpa dengan kawan, kami borak sehingga lewat malam. Berbagai cerita dan pengalaman kami kongsikan. Cerita yg menarik kami kongsikan ialah mengenai kisah di Tanah Toraja atau singkatan nya Tator, di Indonesia. Ia itu mengenai mayat berjalan. Disingkatkan cerita, masyarakat Tator mempunyai kebolehan jampi mentera memerintah mayat berjalan dari rumah ke perkuburan. Ketika mayat itu berjalan ianya dikawal dari depan dan belakang. Mayat tersebut tidak boleh ditegur. Jika ditegur mayat tersebut akan berhenti berjalan.
Oleh kerana cerita tadi, saya mula seram. Semasa memandu kereta balik ke rumah saya terbayang kalau kalau ada lembaga putih melintas jalan. Saya hanya berdoa dan tawakkal kpd Tuhan, minta perlindungan.
Begini lah mayat yg telah diawet dan disimpan dirumah keluarga simati untuk beberapa bulan sebagai menghormati si mati. Setelah sampai waktu untuk pengkebumian, 'pawang' mayat akan menjampi mentera keatas mayat tersebut supaya mayat itu berjalan sendiri.Gambar ini saya perolehi dari rakan FB.
No comments:
Post a Comment