Salam hormat kepada semua,lama betul saya tidak update blog saya. Kini terpanggil pula untuk mengupdate nya...
Saya ingin berkongsi pengalaman kepada anda tentang perjalanan saya ke Nigeria.
Pada 25 haribulan September yang lalu, tengah hari saya bertolak dari Sandakan ke Kuala Lumpur. Isteri,anak dan abang dan ipar telah menghantar saya ke Lapangan Terbang Sandakan. Begitu juga adik angkat saya Michael Japar berserta isteri dan anak anaknya telah sudi menghantar saya ke lapangan terbang.
Dua jam lebih perjalanan melalui udara, saya sampai di KLIA. Saya naik Teksi menuju ke Bukit Bintang dan menginap di Concered Hotel.
Selama lima hari berada di Bukit bintang mengurus Visa masuk ke Nigeria. Masa yang ditetapkan untuk berurusan di Kedutaan Nigeri hanya Isnin sampai Khamis. Mujur lah ada kenderaan kompeni yang disediakan untuk mengurus semua. Dua hari pertama, saudara Azli lah kawan saya pergi ke Putra Jaya mengambil sijil Good Conduct dan seterusnya pergi ke kedutaan.. Dua hari terakhir saudara Nazri yang membawa saya ke kedutaan sehingga saya memperolehi visa.
Pada 30 haribulan September 2011, saya telah berada di KLIA. Jam 2 pagi pada 1hb October 2011, saya berto;ak ke Dubai dengan pesawat Emirate. Perjalanan mengambil masa 12 jam baru sampai.Mujurlah makanan disediakan. Ketika sampai di Lapangan Terbang Antara Bangsa Dubai, saya dan penumpang lain telah diperiksa dengan ketat.Kasut,tali pinggang, jeket, dompet, jam tangan ditanggal. Tak terkecuali penumpang wanita.
Satu jam setengah berada di Dubai, saya meneruskan perjalanan dengan pesawat Emirate. Kira kira 6 jam perjalanan sampai lah di Lapangan Terbang Lagos,Nigeria. Ktika di Lapangan Terbang antara Bangsa Lagos, passport dan kad kuning saya diperiksa. Kemudian pegawai kastam menyelongkar beg saya. Perkara yang saya amat takut pada masa itu ialah 'sabotaj'. Saya takut sekiranya benda seperti dadah disimpan kemudian menjadi pertuduhan terhadap saya.
Syukurlah semuanya selamat.Saya keluar ke tempat menunggu kenderaan, pemandu sudah menunggu.Saya dihantar ke rumah penginapan di Osborne Estate kira kira 30 km dari lapangan terbang.
Kessokan harinya saya bertolak lagi kira kira jam 12 tengah hari ke Lapangan Terbang Lagos untuk pergi ke Calabar. Pemandu PZ CUSSON, Shola telah mengahntar saya dan dia lah juga yg membantu saya mengangkat beg. Jam 2 petang bertolak dari Lagos ke Calabar. Di Calabar saya telah disambut oleh Mr Suardi,John dan Daniel. Ketika dalam perjalanan ke Guest House, hujan lebat.jalan raya dipenugi airhujan.
Kini sudah hampir sebulan saya berada di Calabar. Tidak susah menyesuaikan diri disini sebab iklim sama dengan di Sabah. Masyarakat agak baik sebab mereka pandai menghormati juga.Saya teringat pengalaman di lapangan terbang Lagos...OH NIGERIA!

No comments:
Post a Comment