May 6, 2013

Jauh perjalanan luas pandangan.

Salam sejahtera dan salam bahagia.

Sudah agak lama saya tidak menulis untuk mengupdate kan blog saya. Agak terhad waktu untuk menulis apa tah lagi untuk mengarang cerita panjang. Cukup lah saya sajikan sedikit berita untuk sama sama direnung sebagai santapan minda walaupun tidak seberapa.

1. Antara Benua.
Saya tidak pernah bermimpi untuk pergi merantau jauh dari Malaysia ke Benua Afrika. Bukan mudah untuk mengorbankan masa dan sisa umur untuk meninggalkan keluarga dengan jarak yang amat jauh. Namun semuanya mungkin sudah disuratkan untuk saya lalui. Dengan izin isteri dan anak anak tersayang, saya sanggup menerima peluang yang diberikan oleh Syarikat untuk meneruskan khidmat demi mencari pendapatan lebih dan mendapatkan pengalaman di negara asing.

2. Perjalanan
Amat meletihkan perjalanan pergi mahu pun kembali. Dari Sandakan, Sabah ke KLIA sahaja sudah hampir 3 jam perjalanan. Dari KLIA ke Dubai 6 jam 40 minit. Dari Dubai ke Lagos, Nigeria 7 jam. Dari Lagos ke Calabar 1 jam.

3. Keselamatan
Ketika mula mula saya datang ke Nigeria, saya berpendapat bahawa tiada apa yang perlu dirisaukan. Namun setelah merasa dan melihat sendiri keadaan disini, nampaknya kena sentiasa berwaspada. Walau pun  Calabar ada lah satu kawasan paling aman dan selamat di Negara ini, namun ianya bukan lah satu jaminan untuk keselamatan mutlak. Saya dapat melihat orang kenamaan atau pun ahli koperat, sering di iring polis pengawal bersenjata. Keadaan ini menunjukkan bahawa ancaman keselamatan begitu tinggi.

4. Sikap Penduduk Tempatan
Rata rata penduduk tempatan sama ada dibandar mahu pun di kampung  kampung mempunyai sikap sopan santun yang baik. Mereka bersikap menghormati orang asing. Mereka menganggap orang asing itu 'orang berada'. Mereka tidak segan silu meminta wang. Kalau ada wang, apa salahnya beri sedikit biar mereka lebih menghormati. Jangan terkejut jika mau membeli barangan, tanda harga tidak ada dan mereka akan kasi harga semaksimum yg boleh. Kena lah ada kawan orang tempatan jika mau membeli barangan.


                                            Kakitangan Pengurusan Ladang, Ibad Plantation.



                                            Ketika Perasmian Calaro Estate, Akamkpa LGA.


No comments:

Post a Comment