Apr 22, 2010

Aku Lahir Dan Dibesarkan Di Kg Baginda, Keningau


Sebuah desa yang harmoni....penempatan baru para peneroka tanah dari Tambunan. Itu lah gelaran di beri, Kg. Baginda.Menurut orang tua tua, nama Baginda lahir dari peristiwa mengingati kelahiran Quen Elizebert. Walau pun dahulu orang tua tua tidak pernah menjejak kan kaki di mana mana sekolah, tetapi mereka boleh menuturkan perkataan perkataan bahasa INGGERIS.
Zaman Kolonial, banyak mempengaruhi politik dan pendidikan pada ketika itu.
Saya lahir selepas Sabah Merdeka. Pahit dan manis telah banyak saya lalui sebagai anak kampung.
Di awal remaja sehingga dewasa saya tidak pernah tahu secara terperinci mengenai saudara mara yang jauh. Hanya apabila Persatuan Keluarga Sakag Liwan <> di tubuhkan, barulah saya tahu dan kenal mereka. Itu pun masih ramai yang belum jumpa. 
Ketika Umur saya 7 tahun, bermulalah era pembelajaran. Setiap hari pergi ke sekolah berjalan kaki melalui sawah padi yg luas. SK Binaong, sekolah pertama. Kemudian SK Luagan. Peringkat menengah St. Francis Xavier, SMK Bingkor dan SMK Gunsanad.

No comments:

Post a Comment