Apr 17, 2010

Perjumpaan Keluarga Sakag Di Keningau

Bertemu, berkumpul dan bermesra dengan keluarga sememangnya dapat mengeratkan lagi silaturahim antara satu dengan yang lain. Pada zaman dahulu, ikatan kekeluargaan itu lebih rapat dan mesra berbanding zaman sekarang. Apakah sebab terjadinya perbezaan tersebut boleh berlaku? Saya akan hurai secara ringkas berdasar kepada cerita ibu saya.
Ibu saya dibesarkan di satu tempat yang pada ketika itu digelar Mahua, yang terletak di daerah Tambunan. Kehidupan mereka diketika itu sememangnya susah. Walaupun susah namun keharmonian diantara penduduk sentiasa terpelihara kerana semangat bergotong royong diamalkan. Selain daripada amalan bergotong royong, amalan berhimpun dimasa masa tertentu, memupuk kerjasama dan kesefahaman.Keluarga jauh dan dekat saling kenal mengenal antara satu sama lain.
Bebeza pada zaman sekarang, walaupun keluarga terdekat tak kenal. Apa kan lagi keluarga yang jauh. Kita sedia maklum faktor faktor yang menyebabkan hal sedemikian terjadi antara lain ialah;
komitmen terhadap pendidikan,tugasan dan keluarga itu sendiri. Bertugas di seberang laut misalnya dan belajar di universiti.
Diharap usaha Presiden Keluarga Sakag Liwan, Saudara Henry Majunal, yang telah berjaya mempelopori titik pertemuan seluruh Keluarga Sakag Liwan, Khasnya di Daerah Keningau, Tenom dan Tambunan serta banyak lagi daerah yg tak disebut, dengan kerjasama warga kerja yang beliau bentuk, akan sentiasa kita ingat.

7 comments:

  1. Mari tautkan persaudaraan kita sesama sakag dalam laman blog di bawah...:)

    http://sakagliwansabah.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, atuk sy Jamal bin sungkalid bin Salandap ada sape2 yg knl x?

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, atuk sy Jamal bin sungkalid bin Salandap ada sape2 yg knl x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam.nama pernah dengar tapi blum pernah jumpa. Dalam buku keluarga Sakag, kita semua adalah berkeluarga.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  4. Walaikumsalam. Nama pernah dengar tapi belum pernah jumpa. Dalam buku Sakag, kita semua ada lah berkeluarga. Semoga suatu hari dapat kita berkumpul lagi dan saling kenal secara dekat.

    ReplyDelete