Aug 21, 2012

RAYA MENANTI

Lebaran di tahun ini penuh makna buat saya dan juga keluarga saya kerana saya telah mendapat peluang untuk merayakannya bersama sanak saudara di kampung.

Pada 15 Aug 2012, yang lalu saya selamat sampai di Sandakan dari Nigeria. Isteri dan anak anak telah menanti kepulangan saya di lapangan terbang Sandakan kira kira jam 9 malam. Kerinduan kepada keluarga terlerai sudah. Dikepala saya masih terbayang perjalanan yang jauh dan terpaksa menahan badan sakit kerana duduk terlalu lama dipesawat.

Perjalanan dari Lagos ke Dubai memakan masa kira kira 7 jam 40 minit. Dan transit dari Dubai ke KLIA dengan perjalanan yang mengambil masa kira kira 7 jam 10 minit. Kemudian dari KLIA ke Sandakan memakan masa kira kira 3 jam.

Pada 18 Aug yang lalu saya dan keluarga telah pulang ke Kg Baginda, Keningau. Perjalanan mengambil masa kira kira 7 jam baru sampai di rumah.

Sepanjang perjalanan berbincang dengan isteri tentang tarikh Hariraya. Saya mengharap sangat hariraya akan jatuh pada tanggal 19 Aug 2012.

Saya gembira apabila mendengar pengumuman menerusi TV, bahawa tarikh hariraya ditetapkan pada 19 hb aug 2012. Maka bermulalah rancangan untuk pergi melawat keluarga yg berada di Tenom dan juga Keningau.

Hariraya ke2, rombongan kami telah bertolak ke Tenom kira kira jam 10 pagi. Rumah pertama yang kami kunjungi ialah rumah kakak sepupu di kg cinta mata. Juadah hariraya sangat istimewa. Disamping bercerita dengan kakak sepupu  sambil menjamu selera.

Destinasi seterusnya ke Kg Jawa, Sumbiling, Tenom, di rumah Ustaz Amran. Pada mulanya mau cari juga keluarga sakag kalau kalau jumpa, tapi tak kesampaian. Sehabis menjamu selera di rumah Ustaz Arman, kami meneruskan perjalanan ke Kg Jaya Baru.

Di Jaya Baru kinjing rumah abang. Seronok jumpa sanak saudara sambil makan kuih raya. Selain sanak saudara, kawan lama juga dapat berjumpa.

Dalam perjalanan balik rumah di Kg Baginda, mengambil kesempatan untuk singgah kunjung rumah abang Jamsin di Kg Tudan Baru dan seterusnya rumah abang Abidin di Kg Kota 
Ayangan.

Setiap raya balik Keningau, saya pasti akan mengunjungi semua saudara saudara saya untuk mengeratkan lagi ikatan keluarga. 


         menziarahi kubur arwah ayah dan ibu.


     berkunjung ke rumah abang sepupu cekgu Rashidie.

                    pemandangan diluar rumah.

                    ketika baru sampai

                  ketika masih didalam kenderaan.

                 pemandangan pekan Tenom

                             jembatan Tenom

  dihalaman rumah kakak sepupu di kg cinta mata,tenom.

                 dirumah kakak sepupu di tenom.
                      dirumah kakak sepupu.

                      dirumah kakak sepupu.

          bergambar kenangan dengan kakak sepupu.

      bergambar dengan kakak sepupu dan anak buah.

          pemandangan jalan Tenom-Keningau.

           Diluar rumah abang, kg jaya baru.

                group photo, diluar rumah abng.

                  group photo, diluar rumah abng.

No comments:

Post a Comment