Aug 16, 2012

Tanggal 13/8/12 saya bersama 2 rakan sekeja di WILMAR INT. NIGERIA LTD. berangkat dari Calaro ke Int.Airport Calabar. Jadual penerbangan jam 1.20 petang waktu tempatan. Tanpa ada pemeberitahuan awal jadual penerbangan di tunda ke jam 4.20 petang. Sememangnya keadaan seperti ini sudah biasa disini. Jadual jarang sekali tepat.

Sepuloh minit sebelum jam 4 petang, pesawat Arik tiba dari Lagos. Diruang balai berlepas kami sudah menunggu lama, rasanya tidak sabar lagi mau berangkat. Ingatan kepada kampung halaman begitu mendalam dan tak sabar lagi mau jumpa keluarga yg disayangi.

Semua penumpang diarah untuk melalui pintu pemeriksaan untuk berjalan kaki ke pesawat. Pesawat Arik yg berkapasiti penumpang seratus orang dan berkuasa jet sudah sdia berlepas pada jam 4.40, lewat dari jadual asal. Didalam kepala saya terbayang pesawat Dana, yg jatuh terhempas dikawasan penempatan di Lagos sedikit masa lalu. Sambil berdoa agar kami selamat sampai ke destinasi.

Tidak sampai sejam penerbangan diudara kami sampai di Lapangan Terbang Domestik Lagos kira kira jam 5.20 petang. Setelah mengambil bagasi dan keluar dari terminal, pemandu sudah sedia menunggu kami diluar.

Didalam perjalanan ke rumah penginapan di Osborne Estate, Lagos, jalanraya begitu sesak. Walau pun sesak pemandu kami pantas memintas kenderaan lain jika ada peluang. Kerana rasa risau, saya cuba bertanya kepada pemandu supaya berhati hati sambil tidak payah tergesa gesa. Pemandu memberitahu kami yang cara pemanduan mereka sememangnya begitu jika tidak lewat sampai ke destinasi. Saya mulai memerhati sambil mengira ngira kenderaan yg sempat saya perhati, hampir separuh daripadanya badan kereta tergores atau pun kemek. Saya membayangkan betapa tahap disiplin mereka diatas jalanraya agak teruk. Dan info yg saya tahu banyak berlaku kemalangan jalanraya yg melibatkan warganegara Nigeria di Kuala Lumpur berbanding warga negara yg lain.


Ketika kami menuju ke rumah penginapan, Osborne Estate, Lagos.



Saya bergambar dengan salah seorang pekerja di rumah penginapan.


Saya dengan Pak Suardi, rakan dari Indonesia.

Ketika berada di rumah penginapan, terbayang perjalanan seterusnya pada hari esok untuk menuju ke Dubai.

No comments:

Post a Comment